Tuesday, July 13, 2010

Tips Menjaga Laptop Anda



Pada masa kini, laptop merupakan salah satu alat yang penting dalam menguruskan kerja harian. Tidak kira lah sama ada kerja-kerja bagi pelajar, pekerja pejabat, mereka yang suka melayari internet. Bagi aku seorang pelajar, laptop penting dalam melakukan kerja-kerja yang diberi oleh lecturer. hampir 90% perlu dilakukan menggunakan benda alah ni.
Dari segi ketahanan pula, laptop perlu dijaga rapi seperti menjaga awek@boyfriend masing-masing jika dibandingkan dengan komputer peribadi (PC). Laptop dikatakan lebih sensitif. Dibawah adalah beberapa tips yang perlu korang tahu untuk menjaga  laptop korang :

1- Jangan letakkan laptop anda di atas katil,karpet atau permukaan yang lembut yang boleh menyebabkan aliran udara kipas laptop anda tertutup.Ini akan menyebabkan laptop anda akan menjadi Overheating.

2- Jangan letak Laptop anda di pangkuan anda(di paha anda).

3- Untuk menjadikan bateri lebih tahan,buka bateri laptop anda ketika ia telah penuh di cas.Hanya sambungkan kabel power untuk memastikan laptop anda berfungsi tanpa memerlukan bateri.

4- Jangan letak laptop anda di kawasan yang basah.(juga minuman anda,Kebanyakan orang suka meletak minuman mereka di sebelah laptop mereka ketika menggunakan laptop mereka)

5- Jangan biarkan laptop anda berjemur di bawah matahari yang terik ataupun di dalam kereta ketika parking di bawah matahari.

6- Pastikan laptop anda diletakkan di kawasan yang rata.Laptop yang terjatuh atau terhempap akan menyebabkan perkakasan dalam laptop tersebut terjejas.

7- Seboleh-bolehnya jauhkan laptop anda dari magnet...

8- Pastikan laptop anda diberi rehat,jangan dibiarkan ianya dipasang hampir sehari setiap hari(ketahanan laptop berbeza dengan PC biasa).

Setakat ini je..nanti ada apa-apa penambahan akan aku post lagi..       

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails