Thursday, July 15, 2010

GKR 3133 Design Management



Pagi tadi aku terlewat bangun..tido lewat punya pasal. Alarm dah letak kat telinga pun tak sedar jugak, apa nak jadi la dengan aku ni..(ceh..)

Nak mintak orang  tolong kejutkan..hmm kena fikir 4 5 kali jugak. Takkan nak menyusahkan orang je kan kerja aku. Diri sendiri ni kena berubah sebenarnya..hahaha...bangun jam 8.20, kelas design management jam 9. So, dengan kuasa veto yang ada pada diri aku..aku telah berjaya sampai ke unimas tepat jam 9 pagi. Macam tak percaya pulak dapat sampai sebelum kelas start. Bawak moto pulak macam nak  terbang je..maklumlah aku ni kurus, so sape jadi bini aku nanti untung la..wahwahwah..

Sampai je kat fakulti, parking moto..eh baru teringat, kelas tak tau kt mane..hehe nasib jumpa si nubli mintak tolong dia tunjukkan. Sampai je sana, kelas tak bukak pun lagi. Kawan-kawan tercongok macam Tok Pekong Siam kt tepi. Kalau aku tau, datang lewat pun takpe, nasib sempat mandi walaupun ala kadar.

Tungu punya tunggu, dekat jam 10 dah..mana si prof ni tak nampak batang idung. Suruh si umi koling moling prof, bru dapat..suruh tunggu dia pulak kat bilik penunggu. Naik lagi tingkat 2..bla..bla..bla..



Akhirnya prof muncul buat muka selamba..cakap kelas dah tukar ke hari isnin..

" What the fish is that?" kata kawan-kawan aku kepada prof sambil buat muka tekejut badak air..rupanya ramai yang clash kelas kalau ditukar ke hari isnin.(ceh, ada ke patut).
Bincang punya bincang, sampai aku pun dah bersila depan prof, akhirnya menemui penyelesaian. Kelas akan ditukar kepada hari selasa..bagus-bagus sebab kelas aku ari isnin dan selasa je la pasni. Harap prof tak tukar-tukar dah lagi pasni.

Apa lagi..balik la sambung tido kat bilik si apis..ngantuk gila babas alagapas..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails