Ubuntu tak berguna? fikirkan sekali lagi. Ubuntu merupakan satu alat yang berkesan dalam memberbaiki Windows anda jika Windows tidak dapat log in. Ini merupakan salah satu kelebihan Ubuntu. Sekiranya komputer anda tidak dapat masuk dan terdapat fail-fail penting di dalamnya, anda dapat menggunakan Ubuntu untuk mengambil kembali fail-fail penting anda.
Saya mencadangkan anda semua (pengguna WINDOWS) menyimpan live cd Ubuntu untuk kemudahan mereka walaupun tidak beralih arah kepada Ubuntu. Anda boleh mendownload Ubuntu secara percuma, bahkan boleh meminta berpuluh-puluh cd ubuntu disini
Mengembalikan Data daripada Sistem yang Rosak
Apabila sistem operasi Windows anda tidak dapat diakses, bahkan tidak dapat pergi ke safe mode, anda tidak perlu susah hati. Ubuntu live cd dapat menyelamatkan kembali segala file-file dalam windows anda dengan boot ke dalam cd live Ubuntu. Anda tidak lagi kehilangan maklumat-maklumat penting di dalam Windows sebelum membaiki atau format semula.
Run Memtest
Hanya masukkan CD, tekan "Enter" ketika anda melihat ikon keyboard di skrin.Kemudian pilih "memtest" dari senarai pilihan untuk mula menguji RAM anda. Jika ada sesuatu yang salah dengan RAM fizikal, anda akan tahu dan tahu bahawa sudah sampai waktunya untuk menggantikan RAM anda.
Mengetahui Sistem Hard Drive anda
Aplikasi pertama adala Disk Utility ( System, Administration, Disk Utility). Aplikasi ini akan memberitahu anda sekiranya berlaku kerosakan pada hard drive anda di samping memberitahu keadaan hard drive.
Aplikasi kedua adalah Disk Usage Analyzer ( Aplication, Accesories, Disk Usage Analyzer). Aplikasi ini mengesan apa yang berada didalam hard drive anda. Anda juga dapat mengetahui fail-fail yang hidden yang disembunyikan oleh kawan anda sekiranya dia menggunakan windows.
Edit Partition
Ubuntu live cd didatangkan dengan apliksi untuk mengedit partition hard disk anda. Aplikasi ini dinamakan Gparted, membolehkan anda resize, edit, delete, membuat partition baru, dan lain-lain. Aplikasi ni sangat berguna kerana anda tidak dapat mengubah partition di windows anda.
Kesimpulan
Adakah anda mempunyai Ubuntu live cd? cepat-cepatlah pegi download kerana Ubuntu mempunyai aplikasi yang sangat hebat... Apa yang korang fikir lagi?
No comments:
Post a Comment