Monday, July 12, 2010
Tips Hilangkan Mengantuk!
Asal buat keje je mengantuk..dalam kelas mengantuk..mengantuk je dalam kelas..uiks..pernahkah korang berkelakuan sedemikian? pernahkan..kali ni aku nak kongsi petua sikit la kata orang tua-tua..kalau orang muda-muda dipanggil pemuda pulak kan..jom..
1-Tido yang cukup - nampak cam mudah je. Tapi ramai yang terlepas pandang. Apa bezanya kalau study 4-5 jam tapi hasilnya sama je macam study sejam. x ke rugi..baik pegi tido je..
Jadi, untuk mendapatkan otak yang segar bugar dari ladang, pastikan anda mendapatkan rehat @ tidur yang cukup. Sekurang-kurangnya 8 jam bagi orang dewasa.
korang mengantuk,kemudian korang study..korang tak akan dapat apa-apa. otak yang letih tidak akan dapat memproses maklumat yang diterima.
2- Minat - ada minat, semua jalan..jadi tanamkan minat korang dalam subjek-subjek yang korang ambil. Mane nk datangnya minat? semua bergantung dalam diri korang..buatlah nota kecik-kecik, kaler-kaler. Buat perubahan dalam diri. Macam korang minat kt awek/balak korang la, kena la ada minat kan..
3- Air kosong - air penting dalam kehidupan. Minum kurang-kurang 8 gelas air sehari supaya kadar metabolisma seimbang dalam tubuh badan. Tubuh akan mudah letih jika air kurang dalam badan. Kalau boleh bawak air ke kelas kalau rasa malu nak mintak dengan kawan.
4 - Ingat mak bapak - ingat apa pesan dan impian mak bapak korang, nescaya korang akan sedar. Setiap anak pasti akan mengingati pengorbanan mak ayah mereka...kecuali anak yang derhaka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment