Esok start kelas kesusasteraan melayu (minggu kedua), bertempat di auditorium CLS..minggu lepas xsampai pun 20 orang budak datang. Dieorang masih lagi berjoli katak(ptptn dah masuk la tu).
Asaiment pertama aku kena buat adalah pantun. Satu pantun lama dan 1 lagi pantun moden. Macamana nak start buat ni, aku mana pandai buat pantun mantun ni. Kalau dengar aku suka la. Kena mintak bantuan orang yang pandai buat pantun.
Kali ini aku nak kongsi beberapa pantun yang diketegorikan dalam kategori lawak jugak la. Mudah mudahan dapat meringankan sakit kepala aku ni. Jom..
dua tiga kucing mengiau
perut lapar semua diselongkar
tidur jangan suka mengigau
habis rahsia semua terbongkar
Dua tiga kucing berlari
Mane nak sama si kucing belang
Dengan kucing boleh la kau berlari-lari
Dengan pak belang mana mau lari??
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Baik jgn makan buah keranji tue
Nanti badan korang berbau
Tuai padi antara masak
Esok jangan rindu-rinduan
Intai kami antara nampak
Intai time mandi lebam biji mata tuan!!
Dua tiga kucing berlari
Mane nak sama si kucing belang
kucing belang dengan kucing hitam
Dengan pak belang mana mau lari
kalau dan jalan sorang malam-malam
Buah keranji dalam perahu
buah pisang atas peti
Nanti badan korang berbau
sorang pun tak mahu dekat nanti
Esok jangan rindu-rinduan
nanti jumpa di tepi jambatan
Intai time mandi lebam biji mata tuan
nak-nak anak dara mandi tak berkemban
Sorong Papan tertarik Besi
Turun kelaut tertangkap buntal
SEbelum berkahwin setia berjanji
Kenapa dah kawin masih menggatal..........
Anak itik jalan melenggang
Melengang menuju ke lubang
Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan hutang
Makan Durian ditengah hutan
Durian disuap perempuan cantik
Syang anak tinggal-tinggalkan
Sayangkan bini terus tak balik
Turun kelaut tertangkap buntal
buntal banyak tidak terkira
Kenapa dah kawin masih menggatal..........
kalau ditanya....jawabnya...saja suka-suka
Melenggang itik menuju ke lubang
lubang pula ada cacing
Manusia mati meninggalkan hutang
mati sia-sia, habih ke racing
Durian disuap perempuan cantik
makan sambil menjilat jari
Sayangkan bini terus tak balik.......
entahlah...apa punya laki
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .
Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kat ladang kaumandi?
Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Tak ada hutang hutang kat pasar raya
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery
Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau yang betah
Jarum patah pun kausimpan di dalam peti.
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kejarlah kucing tu kalau kau berani
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang
Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu
Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, ataupun kelabu
Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Mau tanya sikit, Haloo nyonya!
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .
Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan susah-susah
Pergi ke Kampung Pandan aje
Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Buah keranji tu tolonglah jangan makan
Nanti badan kau orang berbau.
Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata aje
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water
Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit
Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai terlalu laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap ni
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap
kehkehkeh..
No comments:
Post a Comment