Monday, July 19, 2010

5 Alternatif Software Setanding Adobe Photoshop Yang Harus Dicuba

x
Perisian bagi mengedit dan menghasilkan foto@imej yang unik dan menarik adalah satu perisian yang amat diperlukan bagi sesetengah orang, seperti pekerja di syarikat grafik, periklanan, kedai-kedai foto dan juga pelajar.

Raja segala perisian untuk mengedit foto@imej, sudah tentu Photoshop menjadi semakin popular disebabkan banyak fungsi yang pelbagai serta mesra pengguna. Namun harga yang tinggi di pasaran menyebabkan sukar bagi pengguna untuk memilikinya, terutama sekali pelajar-pelajar yang menggunakan perisian ini di dalam kelas. Tak mustahil perisian Photoshop mudah didapati dengan mengambil perisian ni secara haram@pirate di mana-mana website@blog..hehehe..(budak sekarang dah pandai)

Kali ini aku nak kongsikan beberapa perisian lain bagi mengedit foto dan imej setanding dengan Photoshop, dan korang semua harus mencubanya. Tak cuba tak tau kan..


Paint.NET


Paint.NET merupakan satu perisian dalam mengedit foto@imej setanding dengan Photoshop. Perisian ini mengandungi pelbagai fungsi dan juga tutorial yang bagus untuk pengguna baru. Selain itu, interface di dalam Paint.NET juga adalah lebih kurang sama seperti Photoshop. Apa jua yang dapat dilakukan oleh Photoshop dapat dilakukan di dalam Paint.NET.




                           

GIMP, salah satu perisian percuma dan mempunyai antaramuka yang sama seperti Photoshop, dan juga mesra pengguna. Kepada mereka yang sudah lama menggunakan Photoshop, mereka dapat menggunakan perisian ini dengan mudah kerana fungsi di dalam GIMP adalah sama seperti Photoshop. Selain itu, GIMP juga dapat menyimpan dan membuat file yang berformat PSD.

GIMP juga mempunyai tutorial untuk beginner sehinggalah kepada profesional level disini



PhotoScape



PhotoScape adalah salah satu perisian mengedit foto dimana ia mesra pengguna. Fungsinya juga pelbagai. Antaranya adalah :




  • Viewer: View photos in your folder, create a slideshow


  • Editor: resizing, brightness and color adjustment, white balance, backlight correction, frames, balloons, mosaic mode, adding text, drawing pictures, cropping, filters, red eye removal, blooming, clone stamp


  • Batch editor: Batch edit multiple photos


  • Page: Merge multiple photos on the page frame to create one final photo


  • Combine: Attach multiple photos vertically or horizontally to create one final photo


  • Animated GIF: Use multiple photos to create a final animated photo


  • Print: Print portrait shots, carte de visites(CDV), passport photos


  • Splitter: Slice a photo into several pieces


  • Screen Capture: Capture your screenshot and save it


  • Color Picker: Zoom in on images, search and pick a color


  • Rename: Change photo file names in batch mode


  • Raw Converter: Convert RAW to JPG


  • Paper Print: Print lined, graph, music and calendar paper


  • Face Search: Find similar faces on the Internet 







  • WCW WicMan's Photo Editor adalah satu alternatif perisian bagi album gambar untuk web. Antaramuka WCW WicMan's nampak agak lama@oldschool jika dibandingkan dengan perisian editor lain. Akan tetapi perisian ini mengandungi fungsi-fungsi ringkas dan asas seperti cropping, drawing editor, contrass and color adjustment, filter and effect, dan lain-lain. Perisian ini juga mempunyai video tutorial untuk memudahkan pengguna menggunakannya.




    Picnic merupakan satu perisian mengedit foto@imej secara online. Ianya berkonsepkan ringkas dan friendly user. Picnic mengandungi aplikasi-aplikasi asas seperti sharpening, red eye, color effects, text dan lain-lain lagi  seperti di dalam Photoshop.

    Perisian-perisian di atas adalah sebahagian daripada perisian yang berfungsi sama seperti Adobe Photoshop. Anda boleh mencubanya dan membandingkan perisian tersebut dengan perisian popular Photoshop.

    Selamat mencuba.

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts with Thumbnails